Isu
penderaan kanak-kanak
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu
perbuatan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak dan biasanya
ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Penderaan kanak-kanak boleh merujuk kepada
penderaan secara fizikal, seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak
yang saling berkait telah dilihat oleh para penkaji penderaan kanak-kanak.
Ibu bapa
yang mempunyai sejarah hitam pada masa kecil yang merupakan salah satu faktor
mengakibatkan penderaan kanak-kanak berlaku.
Kajian telah menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan
oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka masih kecil lagi
dan ibu bapa telah beranggapan bahawa anak mereka patut mengalami kesakitan dan
penderitaan yang pernah dialami oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa yang berpendapat mereka dapat memuaskan diri dari
segi psikologi apabila mendera anak-anak mereka juga merupakan faktor
mengakibatkan masalah itu berlaku.
Faktor
yang paling utama yang mengakibatkan masalah penderaan kanak-kanak ini berlaku
adalah kekurangan pendidikan agama dan moral di kalangan ibu bapa. Ilmu ini amat penting di dalam sesebuah rumah
tangga kerana ia dapat memberi panduan yang baik dalam menguruskan
keluarga. Untuk penganut Islam, mereka akan berlandaskan kepada al-Quran dan
al-Sunnah akan dapat mengatasi masalah yang berlaku. Terdapat kebanyakan ibu bapa yang ada
memperoleh pendidikan agama dan moral tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran
agama mereka yang telah menyebabkan keimanan ibu bapa menjadi tidak utuh akibat
daripada penghayatan agama yang tidak kuat.
Terdapat beberapa
kajian menunjukkan adanya hubungan antara persekitaran rumah kediaman dengan
penderaan kanak-kanak. Data kajian ini telah
menunjukkan 54 peratus daripada keluarga mangsa penderaan tinggal di rumah
setinggan. Separuh kes penderaan
kanak-kanak yang berasal dari kawasan setinggan dan rumah panjang di sekitar
Petaling Jaya telah merujuk di Hospital Universiti. Mereka yang menghadapi penderaan kanak-kanak
yang tinggal di rumah teres dua tingkat
mempunyai 24.1 peratus, rumah teres satu 12.1 peratus dan rumah pangsa
9.1 peratus. Keadaan rumah yang tidak
selesa boleh mempengaruhi emosi ibu bapa atau penjaga. Rosario et al. (1983) juga berpendapat ibu
bapa yang mendera kanak-kanak biasanya didapati mempunyai keadaan rumah yang
tidak selesa untuk tinggal.
Kesan penderaan
kanak-kanak terhadap mereka yang didera adalah mereka akan membesar menjadi anggota
masyarakat yang kurang keyankinan dan mempunyai harga diri yang rendah akibat
kesan dipukul secara berterusan dalam suatu tempoh masa yang panjang. Kanak-kanak yang telah menyimpan dendam dan
memendamkan perasaan mereka sehingga menyebabkan mereka berkelakuan luar biasa
seperti terlibat dalam kegiatan jenayah dan melakukan perkara-perkara yang
boleh menjerumuskan mereka ke lembah kemusnahan.
Traumatik
seksualisme merupakan kesan psikologi dan merujuk kepada proses seksualiti
kanak-kanak seperti perasaan dan pandangan mereka terhadap seks yang dibentuk
dalam keadaan yang tidak sempurna.
Menurut James dan Meyerding, 1971, mereka juga mempunyai masalah dalam
perhubungan seks seperti benci kepada aktiviti seks ataupun melibatkan diri
dalam kegiatan pelacuran sebagai tindak balas terhadap pengeksploitasian diri
mereka sebagai objek seks.
Untuk mengatasi
masalah ini, beberapa undang-undang baru
seperti Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Keganasan Keluarga telah
diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat dan diluluskan oleh Parlimen pada 6 Julai 1994. Undang-undang ini membolehkan tindakan
diambil terhadap setiap ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mendera
kanak-kanak dan juga memberi perlindungan kepada mereka yang menjadi mangsa
dera.
Pendekatan
kaunseling dapat menyelesaikan masalah masih belum merebak dan menyeluruh di
negara kita. Guru-guru haruslah
diberikan bimbingan dan latihan oleh kerajaan untuk mengenal pasti kanak-kanak
yang bermasalah. Pengenalan kaunseling
di sekolah boleh dijadikan langkah yang paling awal untuk mengenal pasti dan
menyediakan tempat untuk kanak-kanak yang pernah didera untuk mengadu.
Secara
keseluruhannya, masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak merupakan suatu
bentuk penyakit sosial yang terdapat di seluruh dunia dan masalah ini adalah
kompleks dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk membendung jenayah
ini. Setiap negara mempunyai pendekatan
berlainan dalam menangani masalah penderaan mengikut konteks budaya dan sosial
masing-masing dan kaedah-kaedah yang didapati berkesa di negara lain boleh
diserap dan disesuaikan di negara kita untuk dijadikan sebahagian cara untuk
mengatasi masalah penderaan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment