Tuesday, 1 September 2015

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan Dadah
            Dalam meniti arus kemodenan ini, dadah telah dilabelkan sebagai musuh utama negara kerana penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa. Pengunaan dadah yang merupakan bahan kimia psikoaktif selain dalam bidang perubatan adalah dilarang. Penyalahgunaan dadah adalah bertentangan dengan penggunaan dadah yang mempunyai kepentingan rawatan.  Isu ini merupakan sesuatu masalah yang melibatkan semua lapisan masyarakat yang melibatkan golongan etlit dan berpendidikan di samping mereka yang berpendidikan rendah dan penganggur.  Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, apakah faktor yang menyumbang kepada isu penyalahgunaan dadah?
           
            Kajian yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (1998) telah menunjukkan bahawa terdapat faktor tertimbulnya isu penyalahgunaan dadah disebabkan pengaruh rakan sebaya.  Remaja yang “umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang” tidak tahu untuk membezakan bisikan syaitan oleh rakan sebaya dan terikut-ikut dengan perangai rakan.  Mengikut Hairunnaja (2003), seseorang itu biasanya cenderung untuk terpengaruh dengan sikap, perangai dan tingkah laku rakan yang sentiasa didampinginya.  Naluri ingin mencuba juga merupakan antara sebab berlakunya kegiatan penyalahgunaan dadah.  Pada tahun 1938, kajian Erikson telah menunjukkan Menurut Noraini Ahmad (1996), perasaan ingin tahu kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja kerana mereka berada dalam proses pembentukan identiti yang menyebabkan mereka cenderung untuk mencuba sesuatu perkara asing untuk mendapat pengalaman apabila diajak atau dicabar oleh kawan.
           
            Sementelahan itu, isu penyalahgunaan dadah juga mendatangkan kesan yang keharmonian dan kesejatheraan kehidupan masyarakat setempat terganggu akibat daripada jenayah yang dilakukan oleh golongan penagih dadah.  Mereka akan melakukan apa-apa jua jenayah, misalnya rompakan, pelacuran dan sebagainya untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah. Hal ini telah mengakibatkan keselamatan sosial masyarakat terancam. 

            Gejala penyalahgunaan dadah juga memberi implikasi negatif kepada negara.  Antaranya termasuklah imej negara di kaca mata dunia terjejas disebabkan dasar-dasar yang digubal oleh pihak kerajaan tidak berkesan untuk mengatasi isu tersebut dan keselamatan negara juga akan terjejas.  Secara tidak langsung, kos pencegahan, rancangan penguatkuasaan undang-undang dan pemulihan penagih dadah yang mencecah beratus-ratusan juta ringgit yang perlu ditanggung oleh kerajaan telah mengakibatkan pertumbuhan negara terbantut kerana peruntukan bajet untuk melancarkan program pembangunan negara berkurangan. 

            Realitinya, memang kita tidak dapat menafikan bahawa bahawa isu ini mendatangkan impak yang besar dalam semua aspek  dan hal ini telah mewujudkan kesedaran untuk membendung kekangan ini. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan sebagai sumber teman merupakan salah satu pendekatan yang efektif kerana ibu bapa merupakan insan yang terdekat bagi remaja yang sanggup meluangkan masa untuk mendengar rintihan hati remaja dan selepas itu memberi nasihat yang bernas untuk membimbing mereka ke arah yang betul agar tidak terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah.  Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat mengikut Akta Berbahaya 1995 bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah.  Di samping itu, pelaksanaan kempen anti dadah untuk menimbulkan kesedaran adalah sangat mustahak.  Penyiaran iklan-iklan tentang bahayanya penyalahgunaan dadah oleh media massa seperti media cetak dan elektronik yang memaparkan video-video atau filem tentang kebahayaan penyalahgunaan dadah untuk membendung kemelut ini amat penting kerana media massa telah menjadi sebahagian daripada keperluan remaja untuk mendapatkan hiburan.
           

            Dari perspektif saya yang subjektif, penyalahgunaan dadah untuk melepaskan dan melegakan tekanan hidup dan mengelakkan kepenatan hanya bersifat sementara dan memudaratkan kesihatan diri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita semestinya membebaskan diri, keluarga dan masyarakat daripada najis dadah demi kebaikan sejagat.



No comments:

Post a Comment