Isu Vandalisme
Mutakhir ini, isu vandalisme
bukanlah sesuatu yang baharu kepada masyarakat kerana pengetahuan umum tentang
kebejatan ini semestinya tidak asing daripada masyarakat yang hidup di bawah
langit yang sama kerana kecacatan yang dapat diperhatikan pada papan kenyataan,
perhentian bas dan lain-lain. Secara
amnya, vandalisme merupakan satu
perbuatan menconteng atau merosakkan harta benda awam mahupun
persendirian. Mengikut Webster’s Third New International Dictionary,
vandalisme membawa maksud merosakkan atau membinasakan harta benda awam secara
sengaja.
Pertama
sekali, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor pendorong berlakunya
isu vandalisme. Remaja yang ketandusan
kasih sayang menyebabkan mereka sering keluar dari rumah meluangkan masa dengan
rakan-rakan untuk mencari kegembiraan dan keseronokan. Mereka yang tidak mempunyai sebarang aktiviti
untuk dijalankan akan melakukan perbuatan vandalisme iaitu menconteng dan
merosakkan harta benda awam. Seterusnya,
perbuatan salah laku ini akan mempengaruhi remaja tersebut untuk menjejak
langkah rakan sebayanya. Kejahilan
remaja dalam menyelesaikan masalah tekanan dalam pelajaran atau tekanan hidup
mengakibatkan mereka melepaskan geram dan kemarahan dengan menconteng sesuka
hati pada kawasan-kawasan dinding, papan kenyataan, merosakkan gagang telefon
awam dan sebagainya melalui kegiatan vandalisme. Sesungguhnya, faktor-faktor di atas telah
menyumbang kepada peningkatan kes vandalisme.
Setelah punca-punca diteliti secara
mendalam, gejala vandalisme sememangnya mendatangkan kesan yang ketara terhadap
masyarakat dan negara. Persoalannya,
apakah implikasi-implikasi isu vandalisme?
Antaranya merangkumi kehancuran dan kemusnahan masa depan seseorang yang
cerah itu kerana mereka yang terjebak dalam gejala ini berkemungkinan ditangkap
dan disabitkan kesalahan yang menjadi titik hitam dalam kehidupan mereka
selama-lamanya. Kemudahan harta benda
awam yang telah mengalami kerosakan menimbulkan kesulitan masyarakat setempat
kerana masyarakat kehilangan hak untuk menikmati kemudahan seperti telefon awam
yang sangat mustahak ketika kecemasan dan mereka juga terpaksa mengeluarkan
wang untuk membaiki harta benda awam yang sesudah rosak. Lebih-lebih lagi, isu vandalisme juga
mendatangkan impak negatif iaitu imej negara terjejas. Hal ini terjadi kerana apabila pelancong luar
negara melancong ke negara Malaysia yang menyaksikan dinding-dinding yang
diconteng akan mencacatkan pemandangan sesuatu kawasan yang cantik dan hal in
akan meninggalkan persepsi yang buruk terhadap rakyat negara sedangkan kegiatan
vandalisme hanya merupakan amalan oleh segelintir orang sahaja. Ekoran
daripada itu, imej negara Malaysia yang terkenal dengan amalan kesantunan
masyarakat akan terjejas.
Realitinya, isu vandalisme telah
menjadi semakin merajalela dan banyak berlaku di sekitar kawasan bandar-bandar
besar di negara kita. Badan kerajaan
turut mestilah mengorak langkah yang pertama dalam membanteras isu
tersebut. Organisasi kerajaan patut
menguatkuasa dan memperketatkan undang-undang.
Undang-undang yang sedia mestilah digunakan pakai secara menyeluruh dan
cekap di samping itu penggubalan undang-undang yang lebih ketat dan tegas juga
perlu dilancarkan secara serentak untuk membendung gejala sosial ini dengan
lebih berkesan. Bagi organisasi bukan
kerajaan (NGO), kempen kesedaran juga boleh dianjurkan bersama-sama dengan
badan kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan dan
tanggungjawab masing-masing untuk mengatasi permasalahan ini.
Intihanya, saya berpendapat bahawa
semua pihak harus bersatu dalam menggemblengkan tenaga untuk memerangi isu
vandalisme ini dengan mewujudkan sesuatu formula yang ampuh dan jitu untuk
mengekang budaya kuning yang tidak sihat ini.
No comments:
Post a Comment