Gejala mat
rempit
Fenomena perlumbaan motosikal haram di Malaysia dikenali
“Mat Motor” atau “Mat Rempit”. Istilah
Mat Rempit telah mula diperkenalkan oleh seorang wartawan, iaitu Wan
Kamarulzaman melalui edisi siasat yang merupakan istilah kepada penunggang
motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram.
Ia merupakan salah satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang dan aktiviti
ini sudah mula menular sekitar tahun 1990-an ekoran berkembangnya acara grand
prix dan formula 1 secara meluas di Malaysia.
Perkembangan
jaringan jalan raya semakin baik di Malaysia telah menyebabkan fenomena
perlumbaan motosikal haram turut berkembang.
Kemudahan terbaik yang disediakan oleh kerajaan Malaysia telah
disalahgunakan oleh golongan yang dipanggil sebagai "samseng jalan raya”
untuk dijadikan sebagai medan perlumbaan.
Mereka bukan sahaja merempit malah juga turut melibatkan diri dalam
masalah sosial seperti pengambilan alkohol dan dadah serta seks bebas.
Dalam
Laporan Trafik, 1998, didapati remaja yang berumur antara 18 hingga 22 tahun
terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram ini.
Mereka terlibat dalam aktiviti ini kerana terpengaruh dengan rakan
sebaya. Rakan sebaya telah banyak memainkan peranan dan lebih rapat dalam
kehidupan meraka dan pengaruh ini secara tidak langsung akan membentuk sahsiah
diri seseorang remaja itu sendiri.
Remaja juga mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan
sebaya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka. Selain itu, mereka terjebak dalam kegiatan
tersebut kerana naluri untuk mencuba dan ingin mencari kepuasan diri. Dengan melalui kegiatan ini, mereka mendapat
kepuasan daripada kejayaan mereka dalam melakukan aksi-aksi yang berbahaya dan
membuktikan kepada rakan-rakan bahawa mereka adalah handal dan berani.
Ibu bapa
yang tidak memberi perhatian dan sibuk mencari rezeki juga merupakan salah satu
punca remaja terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram kerana mereka tidak dapat
meluangkan masa bersama anak-anak dan telah mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak seperti tidak memberikan kasih sayang. Seterusnya, anak-anak akan berasa sunyi dan
memberontak untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka melalui
kegiatan perlumbaan haram ini.
Pelumba-pelumba
haram hanya tidak tertumpu di satu kawasan atau negeri dan aktiviti ini
dilaporkan berlaku hampir di seluruh negara.
Pihak polis trafik telah membahagikan kawasan perlumbaan kepada beberapa
zon, iaitu zon tengah, zon utara, zon selatan, zon Sabah dan zon Sarawak. Zon yang paling banyak sekali kes perlumbaan
motosikal haram dilaporkan adalah di zon tengah dan utara yang meliputi negeri
Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Antara
kesan utama daripada gejala sosial ini ialah berlakunya kemalangan, kecedaraan
dan kematian akibat perlumbaan haram tersebut.
Pertambahan dalam bilangan kemalangan jalan raya di seluruh negara juga
berlaku akibat kegiatan perlumbaan haram ini.
Kemalangan jalan raya ini akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan
kerosakan harta benda seperti kenderaan, bangunan dan sebagainya. Mat rempit juga telah mengganggu kehidupan
masyarakat yang mengakibatkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak aman
dan selamat terutamanya apabila berada di jalan raya. Suasana di sekeliling perumahan juga akan menjadi
bising kerana bunyi yang dikeluarkan daripada motosikal mat rempit yang kuat
akibat diubahsuai dan mengganggu masyarakat untuk berehat pada waktu malam.
Kes-kes
jenayah yang lain seperti mencuri, merompak, pergaduan, pengedaran dan
penagihan dadah, seks bebas dan sebagainya juga akan berkembang di masyarakat
Malaysia yang telah membimbangkan semua pihak seterusnya memburukkan imej
negara dan mengganggu usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan untuk
perkembangan ekonomi.
Pihak polis dan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bekerjasama dengan menjalankan
operasi-operasi penangkapan pesalah-pesalah jalan raya khususnya pelumba haram
untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.
Kementerian pengangkutan juga boleh mengadakan kempen kesedaran tentang
kepentingan keselamatan jalan raya terutamanya gejala mat rempit kepada
masyarakat.
Ibu bapa
juga perlu memainkan peranan dengan cara pengawasan dan kawalan sepatutnya
kepada anak-anak. Pergaulan anak dengan
rakan perlu diawasi kerana pengaruh rakan merupakan faktor utama untuk
mendorong mereka melakukan atau melibatkan diri aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dan
agama dalam anak amat diperlukan sejak dari awal lagi supaya mereka dapat
membuat keputusan yang dengan menggunakan fikiran yang rasional dan baik kerana
adanya pegangan agama yang kuat dan utuh.
Kita
haruslah sedar bahawa golongan remaja merupakan generasi yang akan menjadi
pemimpin negara yang membawa kita dan negara ke arah kemajuan. Gejala sosial seperti gejala mat rempit ini
akan menjejaskan masa depan seseorang remaja itu kerana dia akan terjebak dalam
jenayah buruk yang boleh memusnahkan diri sendiri. Oleh itu, kita haruslah berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah ini untuk melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni
serta pemuda pemudi di negara kita bebas daripada terlibat dalam aktiviti ini.