Monday, 31 August 2015

Bab 6 Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia

Isu Pemerdagangan Manusia
Dewasa ini, Malaysia yang dibanjiri mangsa pemerdagangan manusia telah menjadi satu topik hangat yang diperdebatkan.  Secara umumnya, istilah pemerdagangan manusia merujuk kepada perdagangan atau perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram yang merangkumi aktiviti buruh secara sah ataupun melalui paksaan.  Situasi ini telah menjadi lebih genting apabila Malaysia telah dijadikan sasaran sindiket antarabangsa sebagai transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara kerana kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah negara Asian.
           
Antara punca pencetus yang menggalakkan perkembangan isu pemerdagangan manusia boleh diperhatikan melalui dua sudut yang berlainan iaitu pertamanya faktor penolak atau dalaman dan seterusnya faktor penarik atau luaran.  Faktor penolak boleh dikatakan sebagai faktor yang mengambil kira keadaan di negara asal pendatang. Elemen kemiskinan, kemelesetan ekonomi dan kekurangan peluang pekerjaan di sesebuah negara asal pendatang telah menjadi pendorong kepada kewujudan aktiviti pemerdagangan manusia.  Selain itu, faktor penarik seperti jurang ekonomi yang wujud antara negara-negara jiran pula merupakan daya tarikan yang menyebabkan mereka mempunyai keinginan untuk bekerja di luar negara.  Perkembangan iktisad pesat yang menjamin kemakmuran negara telah menjadi daya tarikan utama kepada warga asing dari seluruh pelosok dunia.  Hal ini secara tidak langsung telah membuka peluang kepada kerancakan aktiviti tersebut kerana tawaran gaji yang lumayan memberi jaminan kehidupan yang lebih memuaskan di samping permintaan tenaga kerja akibat daripada kekurangan tenaga kerja di negara yang kaya itu juga merupakan antara punca tercetusnya isu ini.  Keadaan ini terbukti apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hampir semua mangsa pemerdagangan manusia yang berjaya diselamatkan daripada sindiket haram antarabangsa berasal daripada negara-negara jiran berpendapatan rendah seperti Laos, Vietnam dan Myanmar.

Dari kaca mata yang berbeza, masalah pemerdagangan manusia juga mendatangkan kesan yang amat meresap kerana keselamatan dan kesejahteraan negara yang tergugat akan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat sesebuah negara.  Hal ini terjadi kerana segelintir daripada mereka tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.  Mereka bukan sahaja melakukan jenayah ringgan sesuka hati tanpa batasan seperti memukul orang, mencuri dan lain-lain lagi malah jenayah berat seperti penculikan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.  Rentetan itu, hubungan antara anak dengan anak jiran yang lain tidak berani untuk dibiarkan sesetengah ibu bapa untuk berlaku secara semula jadi akibat daripada kebimbangan terhadap keselamatan anak dan juga melakukan pemilihan kawan secara elektif.  Nilai kejiranan dalam masyarakat juga akan semakin terhakis dan ikatan silaturahim antara satu sama lain akan menjadi semakin tegang.  Sementelahan itu, pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara telah menjejaskan ekonomi negara juga merupakan antara impak negatif isu pemerdagangan manusia.  Hakikatnya, kerugian sebanyak 20 bilion paun wang telah mengalir ke luar negara akibat daripada kegiatan itu.  Seterusnya, kegiatan pemerdagangan manusia dari pelbagai negara yang mempunyai budaya masing-masing akan mendatangkan kesan yang ketara iaitu berlakunya proses asimilasi budaya dalam sesuatu masyarakat dari unit tunggal yang kecil iaitu institusi kekeluargaan sehingga ke negara mahupun dari segi kebudayaan, sosial dan demografi.

Antara langkah pragmatik yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia termasuklah pengukuhan undang-undang yang berkenaan.  Selaras dengan itu, pada tahun 2010, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah dipinda dan telah berubah menjadi Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.  Akta ini yang telah dirangka dan digubal lebih bersifat komprehensif dalam mengatasi kekangan ini yang bertepatan dan bersesuaian dengan persekitaran di Malaysia.  Melalui akta ini, nasib mangsa pemerdagangan manusia lebih terbela kerana kandungan menyeluruh yang merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, penjagaan dan perlindungan bagi mangsa aktiviti tersebut.  Tambahan pula, semua agensi penguatkuasa seperti imigresen, kastam dan polis sepatutnya menyelia kawasan sempadan dan pengairan yang panjang dan kurangnya penghuni yang menjadi pilihan perdana sindiket-sindiket antarabangsa untuk menjalankan kegiatan tersebut.  Kelonggaran dalam pengawasan mengakibatkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan menaburkan janji-janji kosong manis seperti menanam tebu di tepi bibir yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik kepada mangsa aktviti pemerdagangan manusia telah membawa kepada kegiatan yang semakin berleluasa tanpa batasan.  Sesungguhnya, kerjasama antara semua pihak ini amat mustahak bagi memastikan aktiviti ini dapat diatasi sepenuhnya.

Tuntasnya, saya berpendapat bahawa isu ini merupakan suatu kegiatan yang telah melanggar hak asasi manusia dan memijak maruah mangsa pemerdagangan manusia kerana mereka sering tertindas dari segi keperluan hidup seperti makanan dan tempat tinggal.  Saya berharap agar semua negara di persada antarabangsa dapat bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk memerangi kegiatan tersebut secara habis-habisan demi kesejatheraan sejagat.




Saturday, 29 August 2015

5.2 Strategi Kesantunan Nonverbal

5.2 Strategi Kesantunan Nonverbal
·         Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan

·         Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia:
Ø  Strategi toleransi
Ø  Strategi bertimbang rasa
Ø  Strategi memberi salam
Ø  Strategi bersopan santun
Ø  Strategi ramah mesra
Ø  Strategi tidak mementingkan diri sendiri
Ø  Strategi merendah diri
Ø  Strategi berterima kasih

·         Strategi Kesantunan Lisan
·         Teori Kesantunan Brown and Levinson (1978:1987) telah mengutarakan bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yag lain juga mempunyai air muka.

·         Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam (public self image).

·         Dalam percakapan seseorang perlu bersopan santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi.

·         Tujuannya adalah untuk penjagaan muka seseorang.

·         Strategi berinteraksi ini mengutamakan dua jenis air muka iaitu
o   Air muka positif
o   Air muka negatif

·         Empat strategi Kesantunan lisan Brown & Levinson
Ø  Strategi Langsung
ü  Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.  Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman/ anggota keluarga.
ü  Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
ü  Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.

Ø  Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
ü  Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
ü  Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.

Ø  Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
ü  Penutur melakukan FTA dengan menjaga muka positif pendengar.
ü  Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

Ø  Strategi tidak Langsung
ü  Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengna membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
ü  Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.

·         Justeru, orang Melayu akan menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi.  Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah:
1.      Strategi ikhlas
2.      Strategi merendah diri
3.      Strategi maaf
4.      Strategi penyelesaian
5.      Strategi memberi peluang
6.      Strategi penghargaan dan pujian
7.      Strategi berterima kasih
8.      Strategi kiasan
9.      Strategi berhemah dan berlemah-lembut
10.  Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
11.  Strategi kecindan
12.  Strategi menyapa/menegur
13.  Strategi ungkapan Rabbani

Strategi Kesantunan Penulisan
·         Menurut Brown & Levinson
1.      Membuat andaian bahawa setiap individu:
ü  Mempunyai air muka
ü  Menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

2.      Air muka terbahagi kepada dua,
ü  Air muka positif : keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya.

ü  Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.

Bab 5 Strategi Kesantunan

Bab 5 Strategi Kesantunan
5.1  Strategi Kesantunan Verbal
·         Kesantuan verbal bermaksud  kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
·         Bahasa halus ini digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.

·         Contoh:

Terima kasih
Selamat datang
Sila masuk
Jemput duduk
Tolong hulurkan bantuan
Minta kerjasama
                                                                                               
·         Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai

·         Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.

·         Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuiaan kepada seseorang.
·         Contohnya, pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.

·         Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia:
Ø  Strategi toleransi
Ø  Strategi bertimbang rasa
Ø  Strategi memberi salam
Ø  Strategi bersopan santun
Ø  Strategi ramah mesra
Ø  Strategi tidak mementingkan diri sendiri
Ø  Strategi merendah diri
Ø  Strategi berterima kasih

Friday, 28 August 2015

4.7 Pemilihan Kata

4.7 Pemilihan kata
Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal.
Ketika berkomunikasi,

·         Perlu merujuk pada norma-norma budaya

·         Tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan

·         Permilihan kata-kata yang diucapkan perlu dititikberatkan

Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita berkomunikasi.

Apabila pemilihan kata dan tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya
·         Tanggapan negatif pasti akan timbul

·         Mungkin akan dituduh sebagai orang yang sombong, angkuh, tak acuh, tidak beradat, tidak berbudaya, pentingkan diri sendiri

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu difikirkan untuk dikaitkan dengan pemilihan kata semasa berbicara :
1)      Perlu difikirkan apa yang sebaliknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu
2)      Ragam bahasa apa yang sewajarnya perlu diguna dalam situasi tertentu
3)      Perlu tahu bila dan bagaimana giliran bercakap
4)      Seharusnya mempertimbangkan penggunaan jeda tertentu
5)      Bagaimana mengatur kenyaringan suara ketika bercakap
6)      Perlu tahu bila waktunya kita harus diam dan menamatkan percakapan
Semua ini akan menentukan keperibadian seseorang sama ada boleh memilih kata-kata yang sesuai ataupun tidak semasa bercakap.

Dalam peraturan percakapan,
·         Aspek pemilihan kata berkait rapat dengan kesantunan berbahasa
Contoh : cara sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu dengan sopan santun
                 supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

Dalam kesantunan berbahasa,
·         Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
·         Sistem sapaan ini melibatkan
ü  Penggabungan gelaran
ü  Rujukan hormat
ü  Ganti nama
·         Diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan

Penggunaan bahasa halus
·         Diberi perhatian dalam aspek pemilihan kata
·         Menurut Asmah Haji Omar,
-          Bahasa halus disamakan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib
Contoh : Laras bahasa istana ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat dll
                perlu digunakan dalam situasi istana.

Kata dan ungkapan bertatasusila juga termasuk dalam aspek pemilihan kata ganti nama yang selalu digunakan dalam keadaan biasa.
·         Bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan
Contoh : ‘Pak.’  – digunakan untuk orang lelaki yang sebaya dengan ayah sendiri.
                ‘Mak.’ – digunakan untuk orang wanita yang sebaya dengan ibu sendiri.
                 ‘Tok.’ – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya
                               dengan datuk dan nenek kendiri.

Jenama kekeluargaan pertalian darah
·         Pak long
·         Mak long
·         Pak ngah
·         Mak ngah
·         Pak lang
·         Mak lang

Gabungan nama kekeluargaan asas dengan jenama kekeluargaan pertalian darah
·         Hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik
·         Abang + Long = Bang Long
·         Kakak + Long = Kak Long

Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
·         Diwakili dengan perkataan ‘menantu’, ‘mentua’, dan ‘ipar’
·         Pak mentua
·         Mak mentua
·         Tok mentua
·         Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh : Abang ipar, Kak ipar, Adik ipar ...

Gelaran pergaulan bebas
Cik
·         Digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin

Encik
·         Digunakan untuk lelaki sahaja

Gelaran pergaulan tak bersahaja formal
·         Tuan
·         Haji
·         Doktor
·         Profesor
Digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri

·         Puan
Digunakan untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada diri sendiri

·         ‘Saudara’ dan ‘saudari’
       Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan seumur dengan diri sendiri atau lebih muda
       dan hubungannya belum rapat dengan diri sendiri.
       Rujuk kepada ahli-ahli dalam
·         Mesyuarat
·         Perbahasan
·         Tetuan
Hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan termasuk syarikat guaman
Contoh : Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran warisan
·         Negeri Perak – Raja
·         Negeri Brunei Darussalam – Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda
·         Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu – Tengku

Gelaran keturunan orang-orang besar
·         Negeri Perak – Megat dan Puteri
·         Kelantan – Nik
·         Kelantan, Terengganu – Wan
·         Negeri Sarawak – Abang
·         Negeri Sabah – Datu
·         Terengganu – Tun

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad SAW
·         Lelaki – Syed atau Sayid
·         Perempuan – Syarifah
Terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh, dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
·         Jawa Daeng – Raden
·         Minangkabau – Sutan
·         Ache – Teuku dan Teungku

Gelaran kurniaan
·         Tun
·         Toh Puan
·         Puan Sri
·         Datuk
·         Datuk Seri
·         Datuk Paduka
·         Datuk Setia
·         Datuk Datuk Patingi
·         Datuk Amar
·         Datin Paduka
Dikurnaikan oleh kerajaan negeri.

·         Toh Puan
Gelaran kepada datuk di Terengganu

·         Pendeta Za’aba
Gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti
§  Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956)

Gelaran Bapa Kemerdekaan – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Contoh gabungan gelaran
a)      Kekeluargaan + keagamaan – Pak Haji
b)      Pergaulan Tak Bersahaja ( kecuali saudara ) + keagamaan – Tuan Haji
c)      Kekeluargaan + warisan ( hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) – PakUngku, MakWan
d)      Pergaulan Tak Bersahaja + keagamaan + warisan ( hanya Nik ) – Tuan Haji Nik
e)      Warisan ( kecuali Nik ) + keagamaan – Raja Haji
f)       Kurniaan kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan
 – Tan Sri Prof. Raja Haji Osman