Tuesday, 25 August 2015

1.4 Ciri-ciri Budi Bahasa

1.4 Ciri-Ciri Budi Bahasa
·         Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunkasi dengan orang lain.

·         Menurut Mustafa Hj Daud, seseorang yang berbudi bahasa mempunyai sifat
Ø  Ikhlas
Ø  Jujur
Ø  Benar
Ø  Merendah diri
Ø  Pemurah
Ø  Suka menolong
Ø  Berjasa
Ø  Berbakti

·         Lima ciri budi bahasa lain termasuklah:
Ø  Pemaaf
Ø  Bersikap positif
Ø  Memiliki kesantunan yang tinggi
Ø  Bersopan santun
Ø  Tertib

·         Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya:
            ‘Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh’  
Ø  Dengan kata lain, orang yang berbudi bahasa tidak memiliki sifat zalimterhadap orang lain.

·         Menurut Za’ba,
Ø  Sifat berbudi bahasa dicernakan oleh tingkah laku yang baik.

·         Sifat berbudi bahasa juga dikaitkan dengan penggunaan kata panggilan, kata sapaan dan gelaran yang betul dan sesuai.

·         Amalan berbudi bahasa akan menlahirkan rasa hormat antara satu sama lain.


·         Tuntasnya, orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku yang santun, pemikiran yang luhur, perasaan yang tenang, gerak laku yang tertib, hati yang mulia, sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment