Thursday, 27 August 2015

3.3 Komunikasi Nonverbal

3.3 Komunikasi Nonverbal
·         Merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
·         Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) berpendapat bahawa
Ø  Bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman (rupa muka), gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.

·         Tujuan komunikasi bukan verbmal adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar pertuturan atau tulisan.
·         Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.

·         Fungsi Komunikasi Nonverbal
Ø  Antara fungsi komunikasi nonverbal ialah:
ü  Pengulangan (repeating)
ü  Penggantian (substituting)
ü  Kontradiksi (contrast/regulating)
ü  Pelengkap (complement)
ü  Penegasan (accenting/moderating)

·         Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal
Ø  Gerakan Anggota Badan
o   Gerakan ini mempunyai makna tertentu.
o   Gerakan badan dapt menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihaslikan.
o   Biasanya, pergerakan badan membawa makna sejagat yang difahami oleh senua orang seperti;
ü  Isyarat  gerakan tangan
ü  Isyarat air muka
ü  Bahasa tubuh
Ø  Gerakan mata
o   Gerakan ini mempunyai makna tertentu.
o   Contohnya,
ü  Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
ü  Mata dan dahi berkerut menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
ü  Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ü  Tidak memandang mata menunjukkan minat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya
Ø  Gerakan tangan
o   Gerakan tangan digunakan bersama-sama dengan bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
o   Sebagai contoh,
ü  Isyarat gerakan tangan digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ü  Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap.
Ø  Mimik muka
o   Riak muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
o   Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
o   Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
ü  Melalui orang yang berinteraksi akan mengetahui banyak maksud tersurat dan tersirat.
ü  Melaluinya dapat mengetahui keperibadian seseorang.

Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yand dilalui untuk membentuk jalinan komuniksi yang mesra/ positif

No comments:

Post a Comment