2.3 Penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Kesantunan
mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan
maruah diri.
Menurut
Asmah (2000),
·
Muka dalam masyarakat Melayu merujuk
kepada air muka.
Muka
sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa
yang berkaitan dengan muka.
Contoh:
v Muka
tembok
v Muka
tarpal
v Muka
sengkalan
v Muka
bantal
v Muka
papan
Semua
peribahasa ini ditujukan kepada seseorang yang tidak tahu malu dan menunjukkan
orang Melayu sangat mementingkan “malu” dan “air muka”.
Malu
dapat difaham sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan
yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa.
Menurut
Islam,
·
Malu ialah perasaan yang mendesak
seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang
terpuji.
Konsep Malu
·
Luas dan menjadi asas didikan
anak-anak dalam masyarakat Melayu.
·
Meliputi pelbagai aspek pengertian –
paling tinggi berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan
masyarakat.
·
Orang yang menerima malu akan berasa
tertekan dan mudah hilang pertimbangan.
Dalam
hikayat sastera klasik,
·
Terdapat beberapa peristiwa –
peperangan, pergaduhan, pembunuhan, amuk
berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan.
Contoh : Balas dendam Hang Jebat ke atas Sultan Melaka kerana
memalukan Tuah yang
dijatuhi hukuman bunuh kerana
dituduh bermukah (zina) dengan perempuan
Istana.
Dalam
masyarakat Melayu,
·
Bertujuan menjaga maruah dan air muka
Contoh: Sewaktu
berinteraksi
– orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendah peribadi seseorang
- perkataan yang dikeluarkan daripada bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.
·
Malu bukan sahaja melibatkan perasaan
sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga memalukan keluarga dan
masyarakat.
·
Lahir peribahasa “menconteng arang di
muka”
-
Sesuatu perlakuan yang mendatangkan
malu dan aib kepada keluarga
Contohnya,
· Kahwin lari – tidak santun kerana
melanggar adat masyarakat
Maruah
dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat.
Mulut
·
Anggota yang sangat perlu dijaga –
merupakan bahagian yang mengungkapkan kata &
bahagian paling hampir dengan muka.
·
Boleh mendatangkan malu kepada diri
sendiri dan orang lain.
·
Penggunaan mulut pada setiap hari
perlu dikawal.
·
Orang Melayu sangat memberikan
perhatian yang serius dalam aspek ini.
·
“kerana pulut santan binasa, kerana
mulut badan binasa”
Orang
Melayu tidak boleh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk
menyampai-nyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada seorang yang
lain
·
Dikatakan seperti “mulut tempayan”
Percakapan
seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih kerana boleh menimbulkan kebosanan
orang lain
·
Dianggap “mulut murai”
Orang
Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk
kata-kata.
·
Lidah lebih tajam daripada pedang
Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut
kerana
·
Peribahasa yang berkaitan dengan
lidah yang buruk
– “Lidah bercabang”
– “Lidah buaya”
– “Lidah tidak bertulang”
Lidah
juga digunakan secara positif (santun)
– “Lidah manis”
– “Lidah pendita”
Dalam
membincangkan tugas mulut dan lidah.
·
Tidak boleh mengabaikan soal hati
·
Hati mendoroang sesuatu ungkapan yang
ditugaskan kepada lidah dan mulut
·
Kata-kata menggambarkan hati
·
Hati yang baik akan mengungkapkan
bahasa yang santun
Perkara ini disebut oleh Raja Al Haji
di dalam gurindamnya yang diungkapkan seperti,
“Apabila
terpelihara lisah, nescaya dapat daripadanya faedah”
“Hati itu
kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim, segala anggota pun roboh”
No comments:
Post a Comment