Tuesday, 25 August 2015

1.5 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

1.5 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
1.Budi Bahasa Masyarakat Melayu
·         Masyarakat Melayu sangat mementingkan budi bahasa semasa pergaulan dalam kalangan masyarakat.

·    Keprihatinan masyarakat Melayu terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan ketinggian akhlak.

·         Berbudi bahasa termasuk dalam akhlak yang terpuji.

·         Nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah:
a.    Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
b.    Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
c.    Memberi salam apabila bertemu dan berpisah
d.    Berpakaian menutup aurat
e.    Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
f.     Makan menggunakan tangan
g.    Tidak bercakap semasa makan
h.    Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
i.      Bersabar
j.      Jujur
k.  Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa,guru dan orang tua.
l.      Anak dara duduk bersimpuh
m.   Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
n.    Mendahulukan orang tua dalam segala urusan

Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina
·  Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian.

·         Konfusius menitikberatkan budi yang luhur kepada penganutnya.

·    Ajaran Konfusius menekapkan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusian terhadap orang lain dan harga diri.

·         Konfusius menitikberatkan pengamalan kebaikan iaitu:
Ø  Budi bahasa
Ø  Kemurahan hati
Ø  Kerajinan
Ø  Sifat baik

·         Nilai-nilai budi bahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat Cina antaranya ialah:
Ø  Makan menggunakan penyepit. (chopstik)
Ø  Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
Ø  Siku  tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
Ø  Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua
Ø  Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
Ø  Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
Ø  Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang.
Ø  Hormat-menghormati
Ø  Menundukkan badan semasa memberi salam
Ø  Tidak membuat bising semasa bersembahyang
Ø  Melayan tetamu dengan baik
Ø  Pemurah
Ø  Menolong orang susah

Budi Bahasa Dalam Masyarakat India
·         Agama Hindu juga mementingkan budi bahasa yang mulia dalam penganutnya.

·       Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.

·         Antara amalan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India ialah:
a.    Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
b.    Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
c.    Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
d.    Tidak bising ketika sembahyang
e.    Bersabar dan tidak pemarah
f.     Membuka kasut ketika masuki kuil
g.    Berpakaian tidak mencolok mata
h.    Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
i.      Sentiasa menolong orang susah
j.      Tidak membalas dendam
k.    Pemaaf
l.      Pemurah
m.   Hormati-menghormati

No comments:

Post a Comment