Friday, 28 August 2015

4.5 Giliran Bercakap

4.5 Giliran bercakap
·         Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap
-          Mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
-          Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap

·         Sekiranya hendak menyampuk perbualan,
-          Memastikan orang tua telah habis bercakap
-          Memulakan bicara dengan berkata “Maafkan saya, bolehkah saya berikan pendapat?”

·         Anak dianggap biadab – memintas atau menyampuk percakapan ibu bapa yang sedang
                                            bercakap

·         Terkadang terjadinya pola satu arah
-          Diakibatkan seseorang yang mendominasi percakapan

·         Sistem pola penggiliran boleh digunakan
-          Percakapan dapat berlangsung dengan sekata
-          Setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama dalam berbicara

·         Penerapan pola penggiliran dapat dilakukan dengan cara melemparkan pertanyaan
Contoh : a. “Menurut pandangan kamu bagaimana?”
                b. “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
                c. “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
                d. “Bagaimana menurut pandangan anda.”

·         Semasa proses percakapan sedang berlangsung – situasi formal atau tidak formal
-          Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi
-          Diakibatkan adanya kaitan satu masalah terhadap masalah yang lain

·         Dalam suatu pembicaraan,
-          Pengembangan gagasan kepada pokok pembicaraan yang lain masih dianggap wajar jika tetap pada pokok persoalan yang sedang dibahaskan

Pengalihan topik perbicaraan
·         Pengalihan topik perbicaraan berlaku secara
-          Disedari
-          Tidak disedari

·         Pengalihan topik boleh dilakukan secara halus dan santun
-          Tidak menganggu proses percakapan yang sedang berlangsung

Contoh : ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal
                 “Mungkin ada kaitannya dengan ...”
                 “Mungkin agak menyimpang, tetapi ...”
                 “Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah ...”

·         Boleh berlaku dalam suatu diskusi bersifat formal
-          Tidak boleh dibiarkan
-          Moderator harus boleh mengembalikan pembicaraan yang menyimpang kembali kepada topik pembicaraan yang sebenarnya
Contoh : “Maaf, pertanyaan harus langsung ke pokok permasalahan”
                “Saya ingatkan kembali bahawa topik pembicaraan kita ialah ...”


Perbezaan pendapat
·         Sering berlaku dalam diskusi formal atau tidak formal

·         Bukan semua orang akan bersetuju dengan pendapat bicara seseorang

·         Masing-masing memiliki pandangan atau pemikiran sendiri

·         Jarang dapat menyelesaikan konflik

·         Harus dihormati, didengar dan dititip secara santun

·         Menyanggah pendapat yang berbeza dengan pendapat kita dapat dilakukan secara halus dengan menggunakan panduan seperti berikut
a)      Berikan permohonan maaf terlebih dahulu
b)      Nyatakan kesan mendukung gagasan yang akan disanggah sebelum menjelaskan kekurangnya
c)      Ungkapkan kekurangan dengan perkataan yang berpekerti dan tidak menyinggung
d)      Beri alasan yang logik

Mencelah percakapan
·         Sering terjadi dalam sesuatu sesi perbincangan formal atau tidak formal

·         Bertambah buruk – seseorang yang mencelah itu mencelah sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan tidak dapat menyempurnakan percakapan

·         Mencelah yang pendek – menyatakan sokongan atau persetujuan, bukan untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk cakap.

Kita tidak seharusnya mengulang perkara yang sama berulang kali.

Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham.

Pujian yang berlebihan
-          Menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima
-          Mewujudkan kebencian
-          Melunturkan kemesraan

Giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib
Dalam keluarga :
1.      Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman – datuk dan nenek
2.      Ibu atau bapa
3.      Kakak atau abang yang lebih besar
4.      Pihak yang paling kecil – adik

Di sekolah :
1.      Pengetua atau Guru Besar
2.      Penolong kanan sekolah
3.      Ketua unit atau jabatan
4.      Para pensyarah atau guru
5.      Wakil pelajar – ketua pengawas sekolah
6.      Para pelajar

No comments:

Post a Comment