Monday, 24 August 2015

1.3 Pengertian Budi Bahasa

1.3 Pengertian Budi Bahasa
·         Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa.

·         Budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu.

·         Bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan.

·        Pengertian secara literal ini secara amnya terhad kepada tutur kata yang halus dan santun yang terdapat pada seseorang.

·         Meliputi tutur kata, pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.
·         Budi bahasa merupakan nilai-nilai murni.

·         Berbudi bahasa memeperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai
Ø  Percakapan yang baik
Ø  Teliti dan elok dalam tutur kata
Ø  Halus tutur kkata
Ø  Hormat
Ø  Bijaksana
Ø  Tinggi budi bicara
Ø  Pemurah
Ø  Belas kasihan
Ø  Beradab
Ø  Bersopan santun
Ø  Bertatatertib
Ø  Budi pekerti yang baik dan mulia

·         Orang yang berbudi dikenali sebagai budiman.

·         Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

·         Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan.

·         Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa ataupun bahasa sebagai budi.
·         Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.

·         Akhlak yang mulia dalam pergaulan dinilai daripada tutur kata yang baik

Ø  Dalam hal ini, Nabi SAW menyarankan dalam sabdanya yang bermaksud:
‘Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabla berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar.’

·         Budi bahasa juga cerminan budaya.

·         Nilai budi bahasa juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam

Ø  Agama Buddha.

Ø  Ajaran Konfusius menekakan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis iaitu antara:
ü  Raja dengan menteri
ü  Ayah dengan anak
ü  Suami dengan isteri
ü  Abang dengan adik
ü  Kawan

Ø  Agama Hindu

ü  Nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluarga dalam sistem kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment