Monday, 24 August 2015

Bab 1 Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Bab 1 Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Pengertian budi
·         Teuku Iskandar (1970),
Ø  Berasal daripada kata Sanskrit  iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.

·         Zaidi Daud (1996),
Ø  Sifat yang menggambarkan peribadi insan yang mulia.

·         Kamus Dewan (2005),
Ø  Akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.

·         Agama Islam,
Ø  Adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.

·         Imam Al-Ghazali (2002),
Ø  Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.

·         Masyarakat Melayu,
Ø  budi membawa pelbagai maksud.
Ø  Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada indvidu yang lain.
Ø  Satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menenangkan hati orang lain.

·       Kesimpulannya, budi merupakan tingkah laku yang bak, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.

No comments:

Post a Comment