Friday, 28 August 2015

4.3 Konteks Percakapan

4.3 Konteks percakapan
Menurut Brown dan Yule (1983),
·         menganalisi wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.

Penganalisis wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu.

Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam suatu peristiwa itu.
Contoh : penutur, pokok percakapan, tempat bicara


Menurut Hymes, Brown (1993:89),
·         komponen-komponen tutur yang merupakan ciri-ciri konteks pembicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk pesanan dan peristiwa percakapan

a.      Penutur dan pendengar
·         Disebut peserta – terlibat dalam peristiwa percakapan
·         Perlu diperhatikan – latar belakang sosial, budaya dan lain-lain
·         Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi – memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan
·         Makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang berbeza
v  Latar belakang
v  Minat
v  Perhatian

b.      Topik pembicaraan
·         Pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana dengan mengetahui topik pembicaraan
·         Topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza
·         Berdasarkan topik yang sedang dibicarakan
-          Penutur dan pendengar dapat menangkap dan memahami makna wacana

c.       Latar peristiwa
·         Mungkin merupakan
-          Tempat
-          Keadaan psikologi penutur dan pendengar
-          Semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan

d.      Penghubung
·         Medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
·         Menyampaikan maklumat
·         Penutur dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan
·         Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur
-          Secara langsung – dialog tanpa perantara
-          Tidak lansung – terjadi dengan perantara telefon
·         Dibezakan menjadi ragam
-          Resmi
-          Tidak resmi

e.      Laras bahasa
·         Amat berkaitan dengan konteks pencakapan
·         Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan
·         Ragam bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar menawar di pasar borong –  berasa ganjil
·         Ragam tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti penyampaian kuliah akademik – berasa aneh

f.        Bentuk pesanan dan maklumat
·         Hendak disampaikan dengan tepat
-          Bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental
·         Mungkin tidak sampai kepada pendengar
Contoh : jika pendengarnya bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat harus juga bersifaf umum.
·         Haruslah sesuai dengan kehendak pendengar
-          Pesanan dan maklumat yang disampaikan akan sukar dicerna pendengar

g.      Peristiwa percakapan
·         Peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
·         Contoh : pidato, perdebatan, seminar
·         Menurut Hymes (1975:52)
-          Peristiwa percakapan sangat erat hubungannya dengan latar peristiwa, dalam pengertian yang lain sesuatu peristiwa percakapan tertentu akan terjadi dalam konteks situasi tertentu.
·         Dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan
·         Contoh : wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan isinya dengan wacana untuk seminar.


No comments:

Post a Comment