Bab 2 Kesantunan Berbahasa
2.1 Konsep Kesantunan
Menurut
Kamus Dewan (1948), hal. 1115
·
Kesantunan bermaksud halus budi
bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
Apabila
seseorang itu berbahasa dengan santun pengunaan bahasa adalah secara
·
Halus
·
Nilai rasa yang baik
·
Penuh kesopanan
·
Berusaha menghindari konflik antara
penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi
Menurut
Awang Sariyan (2007)
·
Kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan perilaku
yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu
sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat.
Kesantunan
memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam
pergaulan sehari-hari.
Secara
amnya, konsep kesantunan sangat luas dan merangkumi aspek-aspek berikut :
I.
Kesantunan mencerminkan nilai
kesopanan yang halus
-
Orang yang santun tergambar nilai
sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli
masyarakat.
II.
Kesantunan sangat kontekstual
-
Nilai kesantunan berlaku pada tempat,
atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan
tempat lain.
-
Misalnya, penggunaan kata-kata yang
agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan
jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali.
-
Penggunaan kata ganti ‘aku’ dalam
perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak
sopan dalam bagi masyarakat Melayu.
III.
Kesantunan selalu berlaku dalam
hubungan dua pihak
-
Misalnya,
v antara
anak dan orang tua,
v antara
orang yang masih muda dan orang lebih tua,
v antara
tuan rumah dan tamu,
v antara
lelaki dan wanita,
v antara
murid dan guru
-
seorang anak sentiasa akan
menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa.
-
Namun mungkin tidak berlaku jika anak
ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam
bentuk bahasa kasar.
IV.
Kesantunan tercermin dalam setiap
aspek kehidupan
-
Misalnya,
v Cara
berpakaian (berbusana)
v Cara
bekerja
v Cara
bertutur
v Cara
makan
v Cara
belajar
v Cara
berpolitik
No comments:
Post a Comment