2.4 Kesantunan merentas budaya
Konsep
Budaya
atau kebudayaan
·
berasal daripada perkataan Sanskrit –
buddayah
·
kata jamak bagi perkataan buddhi
·
bermaksud budi pekerti atau akal
·
membincangkan hal-hal berkaitan budi
dan akal manusia
·
pengertian luas – segala sesuatu yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia
·
bahasa Inggeris – culture
·
berasal daripada perkataan Latin – colore
·
bermaksud menanam dan mengerjakan
Kebudayaan
mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
Menurut
Edward B. Taylor,
·
Budaya dilihat sebagai satu konsep
menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan
yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Menurut
Kamus Dewan Bahasa (2002),
·
Budaya sebagai
tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain).
Kebudayaan diperturunkan kepada satu generasi kepada satu
generasi yang seterusnya.
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan boleh
disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk
·
Hasil ciptaan
·
Pemikiran
yang
sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk
kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang sangat
erat.
Kebudayaan
·
Merangkumi cara hidup bermasyarakat
yang menrangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal
ataupun nonverbal.
·
Budaya sesuatu masyarakat akan
dipandang tinggi atau rendah bergantung kepada nilai kesantunan yang diamalkan
dalam kehidupan ahli masyarakatnya.
·
Semakin tinggi nilai kesantunan yang
diamalkan, maka semakin tinggilah budi sesuatu masyarakat itu.
Kesantunan
·
Dianggap sebagai usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson,
1987).
·
Kesantunan dalam konteks ini lebih
luas
·
Merujuk kepada aspek nonverbal –
tingkah laku, mimik muka, nada suara
·
Merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan, disepakati oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi
prasyarat yang disepakati dalam interaksi social.
·
Terdapat dalam semua budaya atau
masyarakat
·
Terdapat perbezaan
·
Nilai kesantunan adalah berbeza-beza
antara masyarakat di dunia ini.
Contoh : Nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A tetapi
nilai itu dianggap tidak
santun dalam kalangan masyarakat B.
·
Penilaian
kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditarifkan sama dalam
masyarakat masing-masing.
Komunikasi Silang Budaya
·
Berlaku apabila proses komunikasi
melibatkan pelbagai budaya
·
Merupakan komunikasi yang melibatkan
individu daripada latar budaya yang pelbagai.
·
Komunikasi ini berlaku apabila kita
bercakap dengan orang yang berbeza
-
Bangsa
-
Ras
-
Bahasa
-
Agama
-
Tingkat pendidikan
-
Status sosial
·
Komunikasi dengan mereka yang
berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks
-
Pendidikan
-
Politik
-
Teknologi
·
Dipengaruhi oleh pandangan terhadap
-
Dunia
-
Kepercayaan
-
Tingkah laku
-
Etika
-
Tanggapan terhadap sesuatu hubungan
Komunikasi
yang terjadi ini akan lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum
jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan
diihayati.
Respon
terhadap budaya terdiri
·
Cara berkomunikasi
·
Keadaan berkomunikasi
·
Bahasa
·
Gaya bahasa
·
Perilaku bukan verbal
Budaya
dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
·
Budaya mempengaruhi cara kita
berkomunikasi
·
Komunikasi terikat rapat dengan
budaya
·
Budaya berbeza maka tingkah laku
dalam komunikaasi juga akan berbeza
·
Cara berkomunikasi, keadaan
berkomunikasi, bahasa, gaya bahasa yang digunakan meningkatkan risiko dalam
komunikasi
-
Menyebabkan berlakunya salah faham
Contoh : Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi
wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu tetapi bagi masyarakat Timur
perbuatan tersebut sesuatu yang tidak sopan.
Kesantunan
sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Perpaduan
akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Terdapat masalah seperti perbezaan budaya antara
masyarakat Melayu, India dan Cina dan lain-lain.
Jadi sangat penting bagi setiap kaum memahami dan
menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.
Nilai-nilai kesantunan masyarakat Melayu
Mementingkan kesantunan kerana menjadi tuntutan ajaran
Islam.
Contoh:
i.
Berpegang kuat pada adat resam dan
agama.
ii.
Memberi salam
apabila bersua muka.
iii.
Tidak menyampuk semasa orang tua
bercakap.
iv.
Penggunaan kata sapaan yang sesuai
mengikut konteks.
v.
Penggunaan kata gelaran yang sesuai
mengikut konteks.
vi.
Panggilan yang baik kepada seseorang.
vii.
Bersalam.
viii.
Bertanya khabar.
ix.
Melayan tetamu dengan baik
x.
Menghormati orang tua.
xi.
Menunduk badan ketika melintasi orang
tua.
Nilai-nilai kesantunan masyarakat Cina
Mementingkan
nilai-nilai kesantunan dalam pergaulan seharian.
Contoh:
i.
Tunduk ketika member salam.
ii.
Orang tua makan dahulu.
iii.
Tunggu sehingga semua ahli keluarga
tiba dulu.
iv.
Dalam tokong tidak dibenarkan memakai
topi.
v.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke
dalam rumah.
Nilai-nilai kesantunan masyarakat India
Dititikberatkan
dalam pergaulan.
i.
Duduk bersila semasa makan.
ii.
Tidak membazirkan makanan.
iii.
Senyap semasa bersembahyang.
iv.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke
dalam kuil.
v.
Mematuhi adat dan rsam.
vi.
Salam orang yang lebih tua.
Kesantunan merentas budaya dalam pendidikan
Kerjaya
sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang
mempunyai pelbagai kaum.
Jadi
seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik
dari segi :
a) Kesantunan
berpakaian
-
Peraturan tatatertib dan kelakuan
bagi penjawat awam.
-
Guru tidak boleh berpakaian yang
merangsang pelajar terutamanya dari segi jantina yang berbeza
-
Contoh : berpakaian pakaian tembus
pandang (transparence), menampakkan bahagian badan,
pakaian yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi
b) Kesantunan
tingkah laku
-
Gerak geri guru ketika menghadapi
sesuatu dalam situasi tertentu.
-
Contoh : berurusan dengan ibu bapa
yang datang ke sekolah, duduk di dalam kelas, berhadapan dengan orang
kita hormati – guru besar atau pegawai dari
jabatan, berjalan di tempat umum.
-
Tingkah laku guru menjadi model
kepada anak didik.
c) Kesantunan
berkomunikasi
-
Guru perlu mengambil kira norma-norma
budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.
-
Cara berbahasa harus disesuaikan
dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
-
Perkataan atau bahasa yang digunakan
perlu sesuai dengan situasi.
-
Tidak dapat menggunakan kesantunan
berbahasa dengan betul – boleh dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh,
tak acuh, egois, tidak beradat, tidak budaya.
-
Seharusnya menjaga tutur kata agar
sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa.
-
mampu memiliki
bahasa yang santun dan sesuai kepada murid.
-
Guru menjadi
teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur
katanya.
No comments:
Post a Comment