Friday, 28 August 2015

4.2 Jarak Sosial

4.2 Jarak sosial
·         keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.

Menurut Pitirin A. Sorikin,
·         pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan
·         tinggi
·         rendah
Setiap lapisan tersebut disebut starata sosial.

P.J. Bouman,
·         menggunakan istilah tingkatan atau dalam bahasa Belanda disebut stand, iaitu golongan manusia yang ditandai dengan suatu cara kehidupan yang nyata dan hak istimewa tertentu berdasarkan kelas masyarakatnya.

       Dari sudut yang lain,
·         dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradaban.
·         Jarak peradaban muncul
-          Perbezaan dalam ilmu pengetahuan
-          Perbezaan kemajuan yang dimiliki

      Dalam peraturan berbahasa
·         jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.


Kita berbual dengan rakan-rakan,
·         menggunakan perkataan, sebutan, dan intonasi yang berbeza sama sekali kita berbual dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua daripada kita.

Kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti
-          sultan
-          menteri
-          pengarah
pasti berbeza pemilihan kata dan sebutan bahasa yang digunakan.

Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial
a)      darjah keakraban
b)      perbezaan status
c)      usia
d)      jantina
e)      pendidikan
f)       kelas
g)      pekerjaan

h)      etnik

No comments:

Post a Comment