1.2 Pengertian
Bahasa
·
Kamus Dewan (2002),
Ø Bahasa ialah sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia, dan percakapan yang baik dan sopan santun.
·
Ferdinand de Saussure (1960),
Ø Bahasa merupakan satu
sistem isyarat abstrak yang mempunyai struktur tertentu digunakan untuk
berinteraksi dalam masyarakat.
·
Noam Chomsky (1957),
Ø Bahasa mengandungi satu
set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur
bahasa yang dikenali sebagai fenom.
·
Asmah Hj. Omar (1986),
Ø Bahasa merupakan bunyi
yang dihasilkan oleh alat-alat ujaranyang terdapat dalam rongga mulut dan
rongga tekak manusia.
·
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985),
Ø Mendefiniskan bahasa
sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
Ø Takrif ini sama dengan
pengertian yang diberikan oleh Edward Sapir yang menjelaskan bahasa ialah suatu
sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh secara arbitrari untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan.
Ø Raja Mukhtaruddin yang
berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa
sebagai suatu sistem-sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan
oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
·
Lutfi Abas (1985),
Ø Bahasa ialah data yang
dianalisis dalam linguistik.
· Berdasarkan definisi dan pengertian bahasa
yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh di atas dapatlah disimpulkan bahawa
bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
a.
Bersistem dan sistematik
§ Bahasa mempunyai
peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi.
§ Secara amnya, bahasa
terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna
b.
Arbitrari
§ Bahasa yang wujud dalam
sesuatu masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur
pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa itu.
§ Mekanisme yang ada
hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalm kelompok masyarakat
tersebut.
c.
Vokal
§ Bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan.
d.
Simbol
§ Bunyi yang diucapkan oleh
seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang bahasa yang
disusun secara sistematik.
e.
Alat komunikasi
§ Manusia menggunakan bahasa
untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka.
f.
Dinamis
§ Sesuatu bahasa akan terus
mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman.
No comments:
Post a Comment