2.2 Takrifan kesantunan oleh tokoh-tokoh dunia
Menurut
Asmah Haji Omar (2000),
·
Kesantunan mengikut perspektif Melayu
ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Nilai
kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan
·
Agama Islam
·
Adat Melayu
Orang
Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
Bahasa
halus dan tersirat supaya digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kaedah atau strategi
·
digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu.
Strategi kesantunan melibatkan
beberapa faktor seperti :
·
Kesedaran akan
peranan masing-masing.
·
Pengetahuan tentang perbezaan taraf
sosial.
·
Kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan
martabat.
Asmah
Haji Omar menjelaskan kesantunan dibahagi kepada 2 jenis
I.
Kesantunan asas
II.
Kesantunan berkala
Kesantunan asas
·
kesantunan sedia ada yang merupakan
pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
·
Dengan cara menunjukkan sikap
berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan
santun antara satu sama lain.
·
Hal ini kerana dalam mana-mana
masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan
sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
Kesantunan berkala
·
Merujuk kepada kesantunan yang
menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu
sama lain bergantung kepada
-
Keadaan
-
Situasi
-
Tempat tertentu
·
Antaranya,
-
Taraf dan peranan orang yang bercakap
-
Di mana dan dalam keadaan yang
bagaimana
-
Apa yang dipercakapkan
-
Mengapa percakapan itu berlaku
-
Cara percakapan disampaikan
Misalnya, kesantunan rakyat biasa
dengan raja, kesantunan rakyat dengan pemimpin, kesantunan anak murid dengan
guru dan lain-lain adalah berbeza kerana komunikasi tersebut mempunyai adab,
peraturan dan etika tertentu.
Menurut Leech (1983),
·
Kesantunan sebagai perlakuan yang
dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Dalam usaha mengurangkan pergeseran
atau konflik penggunaan bahasa mesti
·
Halus
·
Beradab sopan
·
Perlakuan lemah-lembut
·
Berbudi pekerti
Setiap golongan masyarakat mestilah
mematuhi adat dan norma masyarakat yang ada dari aspek pergaulan dalam kalangan
ahli masyarakat bagi memastikan kehidupan harmoni.
Dalam hal ini, aspek kesantunan
merupakan elemen yang penting bagi memelihara keharmonian hidup dalam
masyarakat.
Menurut J.Ferguson dan Das Gupta
(1968),
·
Kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam
masyarakat untuk menentukan etika dan peraturan bermasyarakat.
Lazimnya, kesantunan ini berlaku
dalam masyarakat yang mengamalkan budaya yang sama dan ingin melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman.
Menurut
Hamka,
·
Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
Kata-kata yang lembut dan beradab
dapat melembutkan hati manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada
agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik
tingkah laku dan akal budinya.
Menurut
Aristotle,
·
Ketinggian darjat seseorang diukur
melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
·
Adab dan sopan itu lebih penting
daripada makan dan minum.
Pengertian yang diberikan, member
maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap
seseorang individu bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau
mempunyai akhlak yang tercela.
Menurut
Khalifah Abdul Malik Marwan,
·
Semulia-mulia manusia ialah orang
yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Pengertian ini merujuk kepada
kesantunan yang perlu ada kepada pemimpin masyarakat atau orang yang mempunyai
kuasa, harta dan kedudukan dalam masyarakat.
Sikap merendah diri dan memaafkan
kesalahan orang lain serta bersikap adil dapat menjamin keharmonian hidup
antara golongan rakyat biasa dan pemimpin masyarakat.
Kesantunan juga merujuk kepada aspek
nonverbal seperti
·
Tingkah laku
·
Mimik muka
·
Nada suara
Menurut
Lakoff (1975),
·
Kesantunan sebagai perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara
verbal atau nonverbal.
Menurut
Fraser dan Nolan (1981),
·
Kesantunan berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang
harmoni dalam komunikasi.
Menurut
Brown and Levinson (1987),
·
Kesantunan dianggap sebagai usaha
mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.
Kesantunan dari sudut Islam
Menurut
ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis, antaranya ialah:
I.
“Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
II.
“Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku nanti pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap dan sombong dalam berbicara.”
III.
“Bukanlah seseorang itu mukmin jika
suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
IV.
“Tanda-tanda munafik itu ada 3
perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan
jika diberi amanah ia khianat.”
V.
“Janganlah kalian saling
dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian
saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba
Allah yang bersaudara.”
VI.
“Sebaik-baik manusia di antara kamu
ialah orang yang akhlaknya baik.”
Dalam
konteks kesantunan berbahasa,
Menurut
Asmah Haji Omar (2000),
·
Mengaitkan kesantunan berbahasa
dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
Keadaan yang demikian akan
menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Pengertian ini memberikan perhatian
terhadap penggunaan bahasa yang
·
Halus
·
Lembut
·
Bersopan santun
·
Sesuai dengan konteks
semasa pergaulan antara ahli
masyarakat.
Dalam
masyarakat Melayu,
·
Kesantunan sangat penting kerana
melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur masyarakat.
Contoh :
a) Bertanya
khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama
b) Memberi
salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua
·
kesantunan bukan sahaja merujuk
kepada latar sosio budaya masyarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah
diperkukuhkan oleh pegangan Islam yang dianuti.
Hal ini tergambar dalam perbilangan
adat yang berbunyi : “Adat bersendikan
hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Pegangan kuat terhadap agama Islam
menjadi panduan kepada masyarakat Melayu mengatur kehidupan bermasyarakat yang
melibatkan hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah S.W.T.
Hati yang ikhlas akan menjamin
hubungan yang baik antara ahli masyarakat dan dengan Allah S.W.T.
Konsep
kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa
dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan.
Seseorang itu boleh menuturkan
kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu
situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keikhlasannya.
Manusia boleh bertopeng dengan
pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangankan hakikatnya tiada sesiapa
yang tahu.
Kesantunan dilihat dari segi
pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan
yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kerana sasaran, nada, suara
yang lemah dan sesuai dengan situasi bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang
lain dan memperlihatkan nilai-nilai yang baik.
Kesantunan
berbahasa merangkumi kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik
dalam bentuk
·
lisan
·
tulisan
Kesantunan
juga menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian agar
sesuai dengan
·
kedudukan
·
pangkat
·
umur
·
keakraban hubungan
Kesantunan
berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus – bahasa istana
·
patik
·
tuanku
·
bersemayam
·
bersiram
·
junjung kasih
Menurut
Asmah Haji Omar (2000),
·
bahasa halus disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
No comments:
Post a Comment